Mak Andam vs Makeup Artist yg mana pilihan hati?

MAK ANDAM VS. MAKE UP ARTIST

juruandam atau jurusolek


Tahukah anda perbezaan antara jurusolek dan juruandam? Siapa yang
akan anda pilih untuk memenuhi kehendak anda sebagai raja sehari.
Sesungguhnya profesion sebagai jurusolek dan juruandam adalah dua
kerjaya yang berbeza. Sila baca artikel ini selanjutnya bagi mendalami
perbezaan antara kedua-duanya

Jurusolek

Mereka yang mendalami bidang persolekan adalah mereka yang pakar
dalam selok-belok menyolek seseorang mengikut kesesuaian wajah,
personaliti dan warna serta konsep pakaian yang dikenakan oleh orang
yang disolek tersebut.

Biasanya para jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian baik pakaian
komersial mahupun pengantin. Tetapi mereka mempunyai peralatan
solek yang lengkap dan pelbagai. Kebanyakan jurusolek hanya berkebolehan
dalam menyolek tetapi tidak dalam mendandan rambut.

Pun begitu masih ada kebaikan apabila anda memilih jurusolek, ini kerana
kaedah menyolek yang digunakan adalah mengikut peredaran semasa
(up to date). Jurusolek profesional akan menyolek seseorang itu mengikut
arus solekan semasa dan anda pasti akan berpuas hati dan gembira dengan
perubahan wajah anda apabila menggunakan khidmat kepakaran mereka.






Juruandam

Manakala juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam
menyolek, mendandan rambut dan mempunyai koleksi pelbagai gaya
pakaian pengantin. Juruandam adalah pilihan yang sesuai bagi bakal
pengantin yang berminat untuk menggayakan pakaian pengantin
tradisional.

Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan
secara menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin,
bilik pengantin, malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin
seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya beberapa hari
sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Juruandam juga boleh diibaratkan sebagai wakil kepada ibu kerana
mereka berperanan dalam meredakan darah gemuruh si pengantin,
sepanjang berlangsungnya majlis persandingan. Biasanya, kebanyakan
juruandam tahu akan selok-belok dalam adat-adat perkahwinan pelbagai
kaum.

Sumber: Majalah Pengantin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...