• Sejak dahulu lagi semua budaya dalam tamadun manusia
menggunakan warna untuk menandakan perubahan dalam aktiviti kehidupan mereka hidup mereka. Hari
ini kita tidak mengalami banyak perubahan. Kita juga mewarnakan kehidupan kita dengan
pelbagai cara dan warna.
• Bolehkan anda bayangkan dunia kita hanya dicorakkan oleh
warna putih dan hitam sahaja?
• Walaupun kadangkala
dipandang ringan oleh manusia tetapi sebenarnya warna mempunyai bahasanya sendiri yang memberi kesan psikologi dan fisiologi
kepada hidupan di muka bumi.
• Secara mudahnya,
semua hidupan memberi tindakbalas kepada warna. Warna terbina daripada
gelombang cahaya yang berbeza-beza. Setiap gelombang pula bergetar pada
kelajuan yang berlainan yang dipanggil frekuensi. Frekuensi pula membawa bersama
tenaga.
Siang membawa sinaran cahaya, warnawarna yang terang, aksi,
aktiviti dan peningkatan kadar metabolisma.
Malam membawa kesejukan, rasa nyaman, warna suram,
kerehatan, ketidakaktifan dan pergerakan yang lebih perlahan.
Pernahkah anda terfikir mengapa:
• Anda memilih untuk memakai baju hijau dan bukan merah hari
ini?
• Apabila anda masuk ke rumah seorang teman yang warnawarna
dinding/perhiasannya bertemakan biru, anda rasa lebih tenang dan relaks
berbanding dengan rumah yang bertemakan warna kuning atau jingga?
• Mengapa warna hitam selalu dikaitkan dengan perkabungan?
W A R N A
• Warna boleh memberi kesan kepada ‘mood’, personaliti, perasaan
dan tenaga fizikal.
• Warna yang anda gunakan juga boleh menggambarkan keadaan emosi anda.
• Warna pakaian yang anda pakai, pilihan warna dinding rumah
membolehkan anda mempengaruhi diri sendiri dan juga orang lain untuk menjadi
sama ada tertekan, penat, bertenaga atau lapar.
• Semua warna pada pelangi mengeluarkan getaran atau gelombang yang berlainan
kelajuan dan kekuatannya.
Teori yang berkaitan dengan terapi warna menjelaskan bahawa:
• Memakai warna yang tidak sesuai akan menyebabkan anda
merasa tidak selesa.
• Dengan mengetahui bagaimana psikologi warna boleh
mempengaruhi hidup kita, kita boleh menggunakan terapi warna untuk memberi
tenaga lebihan ketika kita memerlukannya.
• Dalam sesi ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana
pemakaian warna yang sesuai akan memberikan kesan psikologi kepada diri .
Warna, jika digunakan secara bijaksana dapat memberi
kekuatan, ketenangan dan insipirasi dalam kehidupan seharian. Jika anda bangun
pada waktu pagi dengan rasa lesu, tetapi perlu bersedia untuk mesyuarat
jabatan, tenaga warna boleh membantu.
Apa yang perlu anda lakukan ialah semak jadual kerja yang
anda rancang / perlu lakukan, pilih warna yang sesuai dengan kehendak tenaga /
semangat pada hari tersebut, seperti bakaran bahanapi yang memberi tenaga
kepada enjin.